
2007 setelah pergi keseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya. Pada 20 September
2007, iaitu 30 hari selepas kehilangannya, mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai
dalam beg pakaian oleh seorang pekerja sebuah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Utama
disahkan sebagai Nurin.
Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yang sangat menyayat hati. Pada Januari 2004, Harirawati Saridi, 10 tahun ditemui mati ketika dalam perjalanan ke sekolah. Beliau dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Selepas itu, seorang lagi kanak-kanak, Nurul Huda Abdul Ghani ditemui dalam keadaan lemah selepas dicekik, dirogol dan diliwat di sebuah pondok keselamatan stesen janakuasa TNB di Kampung Rekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Ramai pengkaji melihat tingkah laku mendera kanak-kanak adalah rumit dan kompleks kerana sukar untuk diberi klasifikasi. Adakah ia perlu diletakkan di bawah kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Penderaan sahaja boleh ditafsirkan sebagai mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-kanak bawah umur bekerja, membenarkan mereka mengemis dan mendedahkannya kepada bahaya moral. Pendera juga tidak dihadkan kepada ibu bapa malah penjaga, pembantu rumah, saudara-mara, jiran atau guru juga boleh disabitkan dengan penderaan.********************************************
Aku juga punya 2 org adik.. Ckoplah aku katakan,ia amat menguji kesabaranku sebagai seorang kakak. Walaupon aku bukan yg terbaik untuk adik-adikku, tp aku akn pastikan mereka dapat ape yg mereka inginkan..apetah lg, skang aku telah bekerja.. Tentu saja aku akn berikan apa jua, walaupon diiringi ngn mulutku yg bising..:-))
::::::Adik2ku.. aku syg kalian::::::