Aku sangat giler ngan DRAMA ni.. Aku pon xtaw nape,org lain gler tgok NUR KASIH tp aku gler ngan CINTA BALQIS.. MY HUBBY pon suke cter ni..:-) "Wahhh..b,kita same laaa". Sampaikn..kadang-kadang aku gaduh ngn dye coz ade yg x sependapat..but 2 normal kn??
Balik kje kol 6.00pm, aku mandi2 n relax jap..pastuh teros ngadap tb smbil makan..sangat syokk aahhh!! Meleleh2 airmata aku dalam nasik..if ade part sedih..:-)Even aku x minat sangat ngan pelakon2nye tp aku tetap nk follow DRAMA ni..nk taw ending dye..n Aku x suke gler ngan mak EMRAN @ EZANY tuh..menci..menci...(watak dye jerk)
Nie sinopsis DRAMA CINTA BALQIS...
CINTA BALQIS ini mengisahkan penderitaan Balqis yang terpaksa menghadapi rintangan, pahit dan suka-duka bersama suaminya(Ezany) kerana perkahwinan mereka tidak direstui oleh orang tua Ezany.
Mereka berkahwin lari di Thai dan balik dari Thai, mereka terlibat dengan kemalangan jalan raya dan Ezany, kononnya dikatakan meninggal dunia akbiat kemalangan jalan raya, telah meninggalkan Balqis seorang diri dan ketika itu Balqis telah pun mengandung anak pertama mereka.
Oleh sebab tiada bukti sijil perkahwinan mereka, kononnya hilang semasa kemalangan jalan raya hari tu, Balqis dan Maknya di pandang hina dan jijik oleh penduduk kampung kerana perangai dua orang jiran yang menyibuk.
Pelbagai rintangan yang perlu dihadapi oleh Balqis sehinggakan Mak Balqis meninggal dunia kerana tidak tahan dengan buah mulut, hinaan, kata-kata kesat orang kampung…
Antara pelakon yang turut dibintangi adalah Eira Syazira (Embun Mutiara), Kenchana Dewi (Puteri), Fezrul Khan, Zamarul Hisham dan Memey Suhaiza…lain2.
"JOM LAYANNNNN....."
